Statistik Permohonan Jawatan PTD dari tahun 2010 hingga 2018

STATISTIK PERMOHONAN JAWATAN PTD DARI TAHUN 2010 HINGGA 2018


Rujukan terkini (Tahun 2019) Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41



Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41 merupakan jawatan yang cukup diminati oleh ramai graduan.

Setiap kali iklan jawatan ini dibuka oleh pihak SPA, sudah pasti ribuan calon akan memohon jawatan ini.



Statistik calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2010

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Bertulis Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tahun 2010
Sumber : Klik Di Sini




Pada Tahun 2010 peperiksaan diadakan secara bertulis. Waktu ni lagi susah sebab  melibatkan 5 seksyen soalan. Ada esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris lagi.

Masa ni calon yang memohon jawatan PTD ni tak ramai lagi. Cuma dalam 716 orang, tak sampai 1000 calon pun.  Masih mampu pihak SPA nak adakan Peperiksaan secara bertulis.

Peratus calon yang dipanggil temuduga juga agak tinggi.

656 daripada 716 permohonan iaitu 91.6% calon yang memohon dipanggil ke sesi Temuduga


Statistik calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2013
Sumber : Klik Di Sini

Masuk sahaja tahun 2013, peperiksaan jawatan PTD telah dilaksanakan secara Online. Seramai 84,963 bilangan permohonan. Sekiranya pihak SPA nak buat peperiksaan secara bertulis sudah pasti memerlukan kos percetakan kertas yang besar. Ini belum lagi ditambah dengan kos sewaan tempat, kos bayar upah kakitangan yang menjaga periksa. Jadi, sebab itulah pihak SPA terpaksa mengadakan peperiksaan PTD secara online untuk menjimatkan kos. 

Lagipun bilangan kekosongan jawatan yang diperlukan cuma 200 sahaja. Tak berbaloi untuk keluarkan kos yang besar semata-mata untuk mengisi 200 kekosongan jawatan di sektor awam. Sedangkan banyak lagi jawatan lain yang perlu diisi yang juga memerlukan kos.


Jumlah calon yang dipanggil menghadiri Temuduga adalah seramai 4561 daripada 84963 calon iaitu cuma 5.37% sahaja daripada keseluruhan calon yang memohon dipanggil ke sesi Temuduga
 Sumber : Klik Di Sini

Bermula dari sesi ini, setiap kali pihak SPA mengeluarkan iklan jawatan kosong PTD, bilangan calon yang memohon sekitar 40 ribu ke atas.  


Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2014

Pada tahun 2014 exam Online PTD melibatkan 3 seksyen iaitu:
  1. Seksyen A : Pengetahuan Am
  2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C : Ujian Psikometrik

Format Exam PTD pada tahun 2010
Format Exam PTD pada tahun 2014

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2014


Pada tahun 2014 bilangan calon yang menjawab Exam Online PTD semakin berkurang berbanding tahun sebelumnya. Walaupun bilangannya berkurang separuh dari 84,963 kepada 44,908 tetapi bilangannya masih 5 angka. Terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan bilangan kekosongan yang ada.


Statistik calon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2015

Sumber : Klik Di Sini

Pada tahun 2015 bilangan permohonan Jawatan PTD adalah seramai 183,920 orang. manakala calon yang dipanggil menghadiri temuduga adalah seramai 2210 orang sahaja (1.2%).



Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Januari 2016 

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Januari 2016

Setelah lebih setahun pihak SPA tak buka iklan kekosongan jawatan PTD, tahun 2016 pihak SPA membuat kejutan dimana pengambilan jawatan PTD diambil sebanyak 2 kali. Satu pada bulan Januari 2016 dan satu lagi pada bulan November 2016.

Berita ini pastinya memeranjatkan semua pihak, dan pastinya ia merupakan satu berita gembira buat graduan yang berminat untuk memohon jawatan PTD.

Pada 19 Januari 2016, seramai 57,320 orang calon telah menduduki Exam Online PTD. Berlaku peningkatan sebanyak lebih 10,000 orang calon.


Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 November 2016 


Format Exam PTD pada tahun 2016

Pada Tahun 2016 Format peperiksaan telah dikurangkan menjadi 2 seksyen sahaja iaitu:
  1. Seksyen A : Pengetahuan Am
  2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Ujian Psikometrik telah dikeluarkan daripada komponen penilaian.

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 November 2016


Bilangan calon yang telah menduduki exam Online PTD bulan November 2016 adalah seramai 45,555 orang.


Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 November 2017 


Format Exam Online PTD pada tahun 2017

Format Exam Online PTD pada tahun 2017



Pada tahun 2017, Format peperiksaan Online PTD masih lagi dikekalkan dengan 2 seksyen sahaja iaitu:
  1. Seksyen A : Pengetahuan Am
  2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Ramai calon berasa lega dengan format tersebut.



Seramai 61,738 calon yang telah menduduki peperiksaan Online tersebut daripada keseluruhan 136,366 permohonan


Sumber : Klik Di Sini


Manakala, bilangan calon yang berjaya menghadiri temuduga adalah seramai 1965 calon (1.44%) sahaja daripada keseluruhan bilangan permohonan. 

RUMUSAN : STATISTIK PERMOHONAN JAWATAN PTD DARI TAHUN 2010 HINGGA 2018

Statistik Permohonan Jawatan PTD dari tahun 2010 hingga 2018
Statistik Permohonan Jawatan PTD dari tahun 2010 hingga 2018


Bila anda tengok statistik-statistik ini, anda dapat agak tak berapa bilangan calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 16 Mei nanti?

Iklan Jawatan PTD Tahun 2019

Merujuk kepada statistik permohonan jawatan PTD dari tahun 2010 sehingga 2018, tidak mustahil dalam Peperiksaan Online PTD yang akan berlangsung pada 16 Mei 2019 ini juga akan turut disertai oleh puluhan ribu calon dari seluruh Malaysia.

Paling sedikit pun kemungkinan besar mencecah 50 ribu orang calon.

FORMAT TERKINI PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Format Exam Online PTD pada tahun 2019

Format Terkini Peperiksaan Online PTD 2019 berubah lagi. Kali ni kembali kepada 3 seksyen iaitu:
  1. Seksyen A : Pengetahuan Am
  2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
Bila Format Berubah, sudah pasti ada pertambahan maklumat yang perlu diketahui oleh setiap calon.

Setiap calon pasti ingin membuat persediaan yang terbaik sebelum menduduki peperiksaan tersebut nanti...

Jadi, calon yang terbaik dalam kalangan yang terbaik pasti berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan ini.

Semoga anda tergolong dalam senarai calon yang terbaik tersebut untuk membolehkan anda tersenarai dalam 400 orang yang layak untuk jawatan ini.


Semua calon boleh dapatkan akses rujukan PTD 2019 menerusi pautan ini.. Terutamanya kepada calon-calon exam PTD 2017 yang lalu..


Atau boleh juga dapatkan rujukan PTD Versi terkini (2019) menerusi pautan di bawah


Sempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya doakan semoga anda berjaya dalam peperiksaan pada 16 Mei nanti..

Good Luck!!